Don't Miss
Home / Sajak / Rintihan seorang pejuang Bangsa
Rintihan seorang pejuang Bangsa

Rintihan seorang pejuang Bangsa

 
Setelah lama merdeka,
kita mewarisi generasi
yang tahu cinta tetapi tidak tahu mencipta.
Yang tahu berjiwang tetapi tidak tahu berjuang.
Yang tahu meminta tetapi tidak tahu memberi
Apa telah kita lakukan?
Sehingga generasi muda kini lembek
rapuh, kosong jiwa dan akalnya.
Mengapa mereka kini malu
dengan agama, bahasa dan budaya sendiri?

muhasabah-pejuang

Bencana bangsa ini,
kerana dosa ibu bapakah atau guru-guru?
Atau dosa para penguasa yang hanya tahu menagih undi?
Ataukah dosa Barat yang ikut hawa nafsu?
Atau mungkin dosa syaitan
kerana menggoda manusia?
Ikutkan hati semua boleh kupersalahkan

termasuklah Tuhan

kerana mencipta orang jahat.
Lalu apa gunanya
engkau menjadi khalifah,
pemimpin dan pengurus bumi?
Kalau kau hanya tahu merengus
menyalahkan dan merendahkan orang lain.
Apa bedanya dirimu?

pejuang-agama

Apa yang telah kau lakukan?
Apakah kerana dunia ini edan, maka kau pun ikut-ikutan edan?
Kerana dunia tidak adil, maka kau pun boleh berbuat dzalim?
Sebagai pemimpin,
lakukanlah sesuatu untuk bangsamu
lupakan sejenak kepentinganmu
Jangan sesekali kau jual maru’ah bangsa
Jangan menjadi pagar yang memakan tanaman padi
Semakin maju semakin banyak yang tergadai
Termasuklah identiti dan hargadiri bangsamu sendiri

 

Insaflah!
Wahai penguasa, guru, ibubapa, ahli korporat!
Jangan kau musnahkan bangsa ini!!!

Khalif Muammar

source: http://www.khairaummah.com/

About Ahmed

maju terus pantang mundur! aku mah gitu orangnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top